Kini anda boleh memeriksa Laporan Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sabak Bernam dan menghantar bantahan dan cadangan terhadap laporan tersebut melalui apps ini.
DRTMDSB adalah satu dokumen perancangan yang mengandungi Peta Cadangan dan Cadangan Bertulis yang disokong oleh gambarajah. Ia menggariskan dasar-dasar perancangan yang komprehensif sebagai asas kepada keputusan-keputusan perancangan di dalam kawasan Majlis Daerah Sabak Bernam sehingga 2025.